Pages

novel

Sunday, February 5, 2012

Kompilasi Novel Nostalgia

Sesuci Cinta, merupakan novel pertama Aina Emir, membawa anda bertemu dengan watak Nuraina yang tinggalkan negara tercinta untuk merantau bagi mengubat hati yang terobek. Di England, kepedihan dan kekecewaan Nuraina terubat jua dengan kehadiran lelaki yang bernama Behzad. Namun manusia sehebat mana pun merancang, Tuhan yang menentukannya. Lambaian Istana AlHambra di Andalusia, membawa Nuraina bertemu kekasih lamanya, Armand. Mampukah Nuraina menemui kebahagiaan seperti yang diimpikan?






Novel kedua, Seharum Kasih membawa pembaca bertemu Rasya Aleeya dan Syed Reeza. Apakah mungkin dua hati mampu merindui pada bait kata-kata? Tanpa kenal wajah, tanpa  dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Atau ini sekadar ilusi dan trend orang muda sahaja? Mampukah Rasya mengharungi segala sakit dan perit untuk menemui sebuah keharmonian cintanya?






Setulus Janji, novel ketiga pula akan membawa anda bertemu Insyirah dan Ilham, dua beradik angkat yang pernah dibesarkan bersama. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Setelah bertahun memendam rasa, Insyirah memilih Aiman sebagai tempat berpautnya. Ketika itu, hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka. Di manakah letak keikhlasan hati pasangan yang bercinta? Apakah janji mampu menyemarakkan rindu yang kian menjadi pudar dan suram?

Saturday, January 28, 2012

Dingin Salju Indiana

Oh Tuhan , Mampukah aku mencari dahan berpaut di bumi nan rapuh ini...

"Sebuah novel tentang kekelurgaan, persahabatan, kesabaran, harapan dan dugaan hidup di perantauan."


Tiga gadis Melayu dengan latar asuhan berbeza memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian. Jannah, Murni, dan Nana tertampan dengan permasalahan yang mencabar ego, kewibawaan, dan keimanan. Jannah pernah mengaku kalah di tengah jalan. Masih adakah harapan buat seorang sahabat untuk diselamatkan?

Kehidupan pelik Kak Icon mengundang tanda tanya tentang signifikannya watak aneh ini di bumi Allah. Kehadiran Kak Zai mengundang rencah rasa, dan memberi semacam katarsis dalam jiwa yang berserabut mazmumah.

Dua jejaka hadir di hati Jannah: Azhar dengan surat-suratnya yang membaja semangat dan Matthew, pemuda Kristian yang mencari kebenaran. Jannah memilih untuk setia, tetapi takdir Allah mengubah segalanya.